Sunday, September 13, 2009

Sahur On The road

kami bertolak dari rumah menuju ke kampus pada jam 9.30 malam.acara bermula jam 11 malam.sebelum bertolak.ada pendaftaran kehadiran,briefing dan proses pembahagian ahli mengikut kelompok kereta.

luckily,aku dapat sekereta dengan syazu.teman dari malaysia juga.naseb baik jugak, kami dapat kereta suzuki yg besar.sebuah kereta boleh menempatkan 9 org.



tepat jam 11 malam,perjalanan kami bermula.

tempat yang dituju adalah sekitar jakarta barat.
kelihatan di bahu jalan,berpuluh-puluh pengemis jalanan menunggu kehadiran para peserta sahur on the road.sangkaan aku,cuma kami yang melakukan aktiviti tersebut malam itu.rupanya, beberapa kumpulan lain juga menjalankan aktiviti yang sama.
kami berkonvoi dengan 7 buah kereta untuk kelompok A.dan kelompok B yg juga dalam bilangan yg sama tetapi menuju ke destinasi yg lain.

program sahur On the road di jakarta ternyata berbeza dgn yg di malaysia.di jakarta,kami tidak perlu turun dari kereta kerana,di kiri bahu jalan sudah ramai yg menunggu ketibaan kami.selain itu,faktor keselamatan juga adalah salah satu penyebabnya.

pengalaman kereta konvoi di serbu sekumpulan pondan tahun lalu,menyebabkan kami berhati2 memilih kawasan untuk berhenti.

sesungguhnya,masih ramai rakyat negara ini yg tidur di kaki lima dan tidak cukup makanan.kehadiran kami,memang dinantikan.tidak susah mencari kerana,di setiap kilometer jalan terdapat orang2 tua,pengutip2 sampah malah keluarga yg mempunyai anak kecil juga sudah sedia menunggu kehadiran kami menghulurkan makanan.

sayu hati kami melihat wajah kegembiraan mereka sewaktu menerima bungkusan makanan dan minuman yg dihulurkan.terdetik dalam hati,alangkah bagusnya setiap hari aku mampu memberi mereka makan.membuat mereka gembira.

selepas melalui beberapa kawasan,tiba di sebuah jalan.kereta konvoi kami didepan berhenti.namun,dari belakang langsung tidak kelihatan susuk tubuh si pengemis.rupa-rupanya,ada sekujur tubuh anak kecik sedang terbaring di pinggir jalan dalam keadaan tertiarap.badan dan kaki nya masih di pinggir jalan,sedangkan kepalanya sudah pon masuk ke laluan kereta melepasi garis putih jalan raya.

walaupun digerakkan,kanak2 tersebut masih tidak memberi respon.akhirnya,sukarelawan kami meninggal sebungkus nasik dan air di sisinya.moga2,waktu dia tersedar, dia dapat makan.namun,dari fizikalnya yg sudah longlai,kemungkinan besar kanak2 terbabit sudah pon meninggal dunia.hati jadi makin sebak.kerana kami hanya mampu melihat dari dalam kereta.



jam 2.00 am

konvoi diteruskan dan destinasi kami seterusnya adalah ke Rumah Pati Asuhan Anak2 yatim yg terletak di jakarta Timur.

ternyata bilangan penghuni di rumah anak2 yatim tersebut tidak lah sermai yg disangka namun melihatkan anak2 yg masih kecil,hati sedikit tersentuh.kasihan mereka.cuma ada kawan yg menemani.dan menurut salah seorang peserta,mereka berbuka cuma dengan makan nasi berlaukkan sayur.acara di rumah anak yatim diteruskan dengan aktiviti demonstrasi menggosok gigi dan pengagihan ubat dan berus gigi percuma.gembira melihat telatah anak2 yg masih kecil.riang bermain tanpa mengetahui apa-apa.

acara dirumah anak yatim diakhiri dengan bersahur bersama-sama.



4.30 am-6.30 am

kemudian kami bertolak ke Masjid At-tin yg terletak berhampiran untuk solat subuh berjemaah.selesai solat,kami bertolak pulang menuju ke kampus.semua sukarelawan kelihatan penat selepas semalam tidak tidur tapi jelas kepuasan di wajah kami kerana sedikit sebanyak dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan.

No comments: