Sunday, August 22, 2010

Saya sibuk je

bila baca blog-blog orang,baru perasan.last entry seminggu yang lepas.lama.tapi dulu lagi lama.balik before-before ni,lagi lama blog ni tersadai.sampai baru ni ada kawan tegur,balik Malaysia terus senyap tak dengar khabar berita.

saya sibuk.bukan apa.sibuk duduk berbaring depan tibi tengok cerita sinetron,tengok kartun (time kalah dengan Faiz berebut channel tibi),tengok cerita Siam,tengok Epilog Syurga Cinta.hehe

berbanding cerita Melayu,Indon dengan Siam.No.1 saya pilih cerita Siam.sebab heroin dia lawo-lawo.kulit diorg perghh..tak terjangkau gue.patot la pondan-pondan sana lawo-lawo.tapi 2 bukan sebab utama jugak.Cerita Siam ni berbanding cerita Indon dengan Melayu,dia lebih direct dan kira puas hati la  kalau tengok episode hari tu.

Berbanding cerita Indon yang meleret-leret.cerita yg sama diulang pakai dekat hampir semua sinetron.Gila harta orang.Anak tertukar sana-sini.Orang jahat dengan muka mintak penampar.lepas tu orang baik yang lembik tak hingat.contoh cerita sekarang Alisa.cuba kira berapa kali dia menangis dalam cerita tu?Belom cerita Upik,Abu & Laura.tak tau macamana saya teringin sangat nak hempuk Si laura tambah-tambah bila dia dok speaking London dalam cerita tu.

Cerita Melayu pulak,mesti ada sakit.kot mana pon,mesti ada babak sakit.

Yang peliknya,dalam geram-geram.hari-hari duk layan jugak.

p/s :sepatutnya Chor dah balik hari ni.dah seminggu tak dengar suara.
dengar cerita sangkut kat pulau Heli tak leh terbang.
aishh..datang dengan kapal,balik la dengan kapal abang chor oii..
lama no hah nunggunye...

No comments: