Monday, December 27, 2010

untukmu wahai sang labah-labah







Waktu aku penat memikirkan sesuatu,datang seekor labah-labah kecik di meja studi.Waktu aku menulis ini,labah-labah itu masih ada.Cuma terkadang dia muncul di depan aku,terkadang dia hilang tiba-tiba tak terkesan.
Siapakah kau labah-labah?
Adakah kau datang untuk ku?Menemani aku yang sedang terapung tak berpijak di mana-mana,tak terpaut di mana-mana?
Jika kau datang untukku..Hiburkanlah aku.Tunjukkan aku,kedatanganmu bukan hanya kebetulan.Kedatanganmu bukan kerana sesat.Kedatangan mu bukan cuma kunjungan sekejap.Tunjukkan aku dan biar aku tahu,kedatanganmu itu kedatangan yang menggembira dan menenangkan jiwa aku.






.
tolong jawab labah-labah.aku tunggu.




.

1 comment:

Cik Embun said...

apa main ngn labah2 nih???
men laa ngn katak..
untung2 jadi putera..
hahaahaa