Saturday, March 26, 2011

a friend or a boyfriend?



Ramai orang keliru.Ramai orang tak tahu nak memilih.
Bagi banyak orang,kawan itu lagi penting dari kekasih.Sebab kekasih boleh datang dan pergi.Kekasih mungkin bersama dengan kita atas sebab-sebab tertentu manakala kawan tidak.Kawan 'berkawan' dengan kita tanpa sebab.Dan selalunya,kita lebih lama mengenali kawan berbanding kekasih.

Tapi macam mana kalau kekasih itu bakal jadi suami/isteri yang akan menghabiskan hidupnya bersama dengan kita?Yang akan atau kena kita hormati atau patuhi di masa akan datang?



Bagi cik momok,simple saja.

Kalau kawan itu adalah bestfriend kita,makan kawan lah yang kita pilih.Yang selalu ada waktu kita tengah sakit,waktu kita sedih.Yang tetap ada walaupun kita marah-marah,kita hempas-hempas barang.Yang tahu,kita sebenarnya tak seburuk itu.Cuma kadang-kadang kita gagal mengawal nafsu sendiri.Yang datang tanpa dipanggil.Yang tetap menyokong kita di saat seluruh dunia membenci kita.Yang benci kerana sayang.Yang marah kerana bimbang.Bukan yang benci kerana tak puas hati. Dan bukan yang marah sebab tak nak  terkena tempias malu.Itu mungkin kawan,tapi belum bestfriend.


Dan kalau kekasih itu,seorang yang sanggup menerima keburukan kita.Yang sanggup bersusah semata demi kita.Yang ikhlas nak bersama dengan kita.Yang sanggup tak berduit asalkan kita cukup duit nak makan.Yang lebih rela kena marah sebab tertidur waktu bersms,dari memberitahu yang dia sebenarnya tidak sihat sebab tak nak kita bimbang.Yang sanggup berulang alik menghantar kita,dari kita naik kenderaan awam seorang diri.Yang sanggup memendam perasaan cemburu,walaupon hari-hari kita meroyan cemburukan dia,semata-mata taknak kita terluka dengan kata amarahnya.Maka,kekasihlah kita pilih.


anda?


p/s : Pemerhatian dan pemahaman kita berbeza. sekian saja dari cik momok..^_^



2 comments:

momoc said...

Abg minta maaf syg...jika selama ini abg bnyak susahkan hati syg...

momoc said...

Walaupun apa yg tterjadi antara kita..abg tetap akn pertahankan hubungan kita syg