Tuesday, March 22, 2011

Heart doesnt breakeven



Cik momok menjadi seorang yang suka berfikiran melebihi apa yang sepatutnya.Dia selalu memikirkan bagaimana cara dia mahu melepaskan diri bila di bawah katilnya ada buaya tembaga besar.Dia berfikir ke mana dia akan pergi kalau bangunan fakultas (fakulti) bergegar hebat gara-gara gempa.Lari ke bawah atau ke atap dan tunggu bangunan itu runtuh saja. Kerana atap adalah option yang lebih baik dari turun ke bawah dan mati dihempap batu-bata.Kalau nak dinyatakan di sini,pasti panjanglah entry ini dengan fikirannya yang bukan-bukan.
Itu belum masuk fikiran luar sedarnya.

Semalam cik momok masuk tidur dengan lampu tertutup dengan kepala ke arah kiblat.Waktu jam 3 pagi dia sedar,kepalanya ke arah berlawanan,lampu terpasang dan penanda buku terkeluar dari novel ada di atas meja laptop.Siapa punya kerja?

Gara-gara si overthinking inilah,buat hidup dia jadi tak tenteram.Selama ini,setiap keputusan,diambil drastik. Sekarang,setiap keputusan harus memikirkan tentang kebahagian orang lain,tentang memberi peluang lagi dan lagi kepada orang lain,tentang kesenangan bersama,tentang hati orang disekeliling dan tentang macam-macam lagi yang tak terkait dengan dirinya.

Dan dia sebenanrnya lebih rela sebegitu,dari di pandang serong oleh orang lain.Merawat hati yang terluka itu kelihatannya lebih senang dari cuba membetulkan tanggapan salah berpuluh-puluh yang lain.






where is the


?



p/s : manusia memang tak pernah puas.dan dia itu manusia.





.

No comments: