Wednesday, December 28, 2011

Sekitar program Permai 2011

Assalamualaikum.

Sebelum masuk tahun baru,Cik mOmok tekad nak hapdate semua cerita tahun 2011 yang tak hapdate lagi.(larat ke hapdate?tak sedar diri yang selama ini kerja menghapdate blog macam hangat-hangat taik ayam -_-). Taakpe-takpe.Itu azam sebelum tahun baru.Sebab masuk tahun baru kita nak ada azam yang lagi gempak.Mungkin contoh macam nak habiskan pengajian dalam tempoh setahun lagi?(agak-agaklah nak buat azam pon kan.IMPOSSIBRUU ~_~")

Cukuplah pembukaan satu rangkap.Takyah panjang-panjang sangatlah.

Rancangan nak ke program Permai 2011 ni cukup lama dah.Nak pergi ke tak nak pergi.Siang malam duk petik kelopak bunga nih.Pergi,tak,pergi,tak.over..>__________<.




Permai sebagai singkatan bagi Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia tahun ni bertemakan Baitulmuslim.Menceritakan hal-hal sebelum dan sesudah berumahtangga. Bagi anda yang fikir ini adalah kursus kahwin.Tidak ye teman-teman.Ini bukan kursus kahwin,Bila nak kahwin ada tetap kena masuk kursus kahwin di Malaysia. Ustaz-sutaz yang dijemput sebagai speaker pon memang ramai yang kenal.Ustaz Hasrizal mungkin ramai yang lebih kenal bukunya berbanding empunya diri tapi Ustaz Erfino Johari, dah selalu orang tengok di TV9 dan TV1. Apa boleh cik Momok bagitau,dua-dua ni ustaz graduate dari Universiti Jordan tapi dua-dua kelakar tak hingat.And dua-dua ada suara yang sedap.Tambah-tambah bila majlis ditutup dengan ustaz berdua ni berduet nyanyi lagu nasyid.Teringat zaman mude-mude ler tu ustaz ..>___<

Program ni memang best. Tempat menginap pon dah macam hotel.Ada aircond,bilik air sendiri,tv dan cik momok duduk berdua je dengan kawan cik momok,Raja Sumaiyyah dalam satu bilik.Untung duduk berdua jer,sebab sama-sama satu kepala dan sama-sama malas nak pergi bersenam waktu slot riadah.Orang bangun pagi-pagi pergi beriadah,kami kunci bilik duduk bawak selimut sebab sayangggg sangat nak bangun.Sebabkan sedap sangat lepak dalam bilik,banyak kali jugaklah kami terlambat masuk dewan.Tapi bila sampai slot makan,muka kami orang pertama.Pelik betullah kuasa makanan ni ye tuan-puan sekalian. -_-

So,apa yang kami dapat dari Permai?





Ustaz erfino kata nisbah perempuan bercakap sehari-hari nak dibandingkan dengan lelaki adalah 50,000 : 25,000. Fakta atau auta?Fakta.Sebab tu kalau masa balik kerja,isteri tanya : Camner keja bang?ok bang? suami jawab : ermmm...Isteri tak boleh marah.Sebab itu memang sifat laki-laki.Kuota bercakap dia dah habis.LOL.Dan banyak lagi fakta-fakta kelakar yang ustaz-ustaz ni keluarkan.Belum lagi cerita tentang pengalaman Ustaz Hasrizal masuk penjara di Ireland.So,siapa yang tak pergi program ni,takkan tahu cerita tu sebab kisah ni tak dimasukkan dalam mana-mana buku tulisan beliau.

Kesimpulannya,hal nak bernikah ni bukanlah satu hal yang senang.Jangan kita nak kahwin sebab tengok kawan-kawan semua dah kahwin atau pun atas alasan nak elak zina semata.Sebab,lepas bernikah pon masih ramai yang berzina.Tepuk dada tanya diri,sebab apa kita buat keputusan nak bernikah?Renung-renungkan.


p/s : "They (husband) are the garment for you (wife). And you(wife) are the garment for them (husband) ."




No comments: