Sunday, July 5, 2009

1st tyme tulih pjg2 ni..

Seorang yang memegang segulung ijazah dan berpendidikan tinggi pasangannya harus la mempunyai taraf pendidikan yg sama.
.
Seorang doktor pasangannya seharusnya juga merupakan seorang doktor.paling tidak pon,mungkin seorang jurutera ataupon arkitek.
Selain dari yg diatas..mereka dikatakan tidak padan untuk berkawan apa lagi dijodohkan.
Siapa yang mewujudkan hukum seperti itu?
.
Waktu di sekolah ..kita xpernah di ajar cara untuk bercinta,tapi kenapa banyak yg tengah berdating masih beruniform sekolah?.
.
Masuk alam dewasa,ada yg berjaya dengan kisah cinta mereka dan ada yg kecundang hingga xbertemu jodoh sampai ke akhir hayat.bagi yang kecundang,adakah salah diri sendiri sehingga tiada 1 org pon di muka bumi jatuh cinta terhadap mereka?tidak kan..
.
pernah x anda suka pada seseorang tapi bila ditanya mengapa anda sukakan dia,anda menjadi bingung untuk menjawab.mungkin ada yang menjawab berdasar atas perilaku yang menyenangkan atau rupa paras yang sedap mata memandang.tapi sebenarnya..tiada 1 pon jawapan khusus yang kita dapat berikan bila kita sukakan seseorang..sebab ada je org perangai ntah apa2 org suka.ada je org muka x lawa,xhensem pon org ske. Pokoknya..kalau kita suka,sebabnya?sebab kita sukalah!itu ajela jawapannya.xperlu nak diterangkan.terang panjang lebar pon org belom tentu boleh terima alasan kita 2.
.
Aku membesar dgn mentaliti..seorang cikgu xpatut bertemu jodoh dgn seorang penggangur.seorang pensyarah universiti xpatut bertemu jodoh dgn penjual ikan.dan seorang graduan universiti xpatot dengan seorang pekerja kilang.tapi hakikatnya semua itu berlaku dalam dunia ni.dan hakikat 2 mula buat aku sedar bila aku sendiri tergolong dalam golongan yg kadang dipertikaikan 2.
.
Jodoh kan ditangan tuhan.macamana kita rancang,macamana kita halang kalau Tuhan dah berkehendak macam 2,macam 2 jgk.tapi sesetgh org susah nak paham.sebab mereka xrasa.hanya nampak dan tau bercakap.bila datang pada diri sendiri,baru taw betapa susah nya diri nak mempertahan apa yang kita rasa terbaik utk diri kita dan betul2 nak memilikinya.
.
Aku rasa,aku dah bertemu dengan org yang baik.org yg taw erti tanggungjawab.apa gunanya aku mencari risiko dgn meninggalkan dia dan cuba mencari org lain yg belom tentu sebaik dia.jangan disebabkan rezeki yg Tuhan dah berikan pada aku smpai aku berjaya belajar setinggi ni menyebabkan aku terhalang memiliki apa yg aku maukan semata-mata mau memuaskan hati org lain.
.
Biar pilihan aku x sehebat pilihan mereka,asalkan aku taw apa yg aku maukan.kalau maukan kesenangan di masa depan,kesenangan itu,insyallah aku boleh dapatkan sendiri.dan tak salah rasanya kalau aku berkongsi dgn sesiapa saja yg aku suka kesenangan yg aku perolehi.xda istilah siapa kikis siapa.siapa makan duit siapa.
Asal masing2 tau taggungjawab masing2 itu dah lebih drpd cukup.
.
Bak kata dia,perjalanan kisah kami masih lagi jauh.walaupon dah nk masuk tahun ke-3..dia menganggap hubungan kami masih lagi mentah.mungkin betol dan mungkin tidak.tapi yg pastinya,dari awal lagi aku dah mengagak,aku akan melalui fasa ni.fasa dimana kami bakal dinilai oleh org lain.tapi yg penting aku tau apa yg aku maukan.dan aku akan pertahankan.
.
p/s : utk abg...bila kita bercakap ttg hal ni,jgn disalah ertikan.mi2 bkn bermksud merendahkan abg dan mengiyakan apa yg org cakapkan.tapi hanya sebagai cabaran.xsalah kita memajukan diri kan?..=)

1 comment:

*kuku patah said...

saye setuju mok.. tapi kite pown takleh salahkan masyarakat yang masih ade mentaliti yang macam ni.. everybody has their own perception . and it depends on us .. i have quotes. don't be trapped by DOGMA.. which is living by what others thinking.. but sometimes not all others thinking and opinion is bad for us..and yes..we know which is bad and vice versa..but yet.....we always did something we know bad.. right.. followin heart?mind?or what.. it's in ur hand