Thursday, September 10, 2009

KUrma

dah nak hampir ujung Ramadhan tapi aku xpenah tulis lagi pasal hal2 Ramadhan atau apa2 yg berkait dgn bulan yg mulia ni.maka,entry kali ni aku nak letak pasal buah kurma.ada kait sikit2 dgn Ramadhan jugak tuh.bagi kasik berkat sikit aku punyer blog~

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makanoleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.

Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan prosespendebungaan betina dengan debu bunga jantan).Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina,tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Padabulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengantamar betina .Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan iniketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari merekayang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankanproses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantankepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Ternyatauntuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burungyang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allahs.w. terpelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok padatangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani ," kata kami tergamam." Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian NabiAdam a.s. ""Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

p/s : paklong isa 2 bkn abang ayah saya~

No comments: