Wednesday, April 14, 2010

berbaloi walau berisiko



waktu mula2 masuk,semua harap rumah ni akan jadi Rumahku Syurgaku bagi kami.tambah2 baru lepas dari cengkaman mak tiri Avi.rumah ni besar.rumah ni luas.rumah ni dikelilingi pokok buah-buahan.rumah ni hampir dengan macam2 jenis kedai.kira macam pakej lengkap jugak walaupon nak jalan kaki ke kampus boleh tahan berpeluh jugak.

dengan bayaran Rp50juta setahun,duduklah kami enam jahanam jelita di rumah ini.walaupon berlaku perkara2 mistik,semua berjaya diredakan sehingga kami rasa dah cukup selesa di rumah ini.walaupon ada jugak rasa nak pindah,sebab tengok kawan2 yg boleh dapat rumah yg lagi murah.makin murah rumah,makin bayak duit boleh simpan.maka lagi banyak untuk supping.itu misi utama nak cari rumah yg lagi murah.

gara-gara kontrak 2 tahun yg dah sudah siap di tandatangan,maka hasrat nak duit lebey kami senyapkan saja.
tak mungkin tuan rumah nak lepaskan kami dgn sewenang-wenangnya.40-50 juta setahun,siapa nak bagi kan??


bumbung yg runtuh itu


hingga lah tiba tanggal di mana atap genting dan segala pasak kayu yg ada di atas bumbung roboh jam 2 pagi.2 pagi!waktu semua tengah lalok,mata kuyu nak tido sebab esok kelas pukul 7.tak ada angin,hujan atau gegaran,semua runtuh.saya yg agak mamai berlari keluar terus dipeluk rakan serumah yang sedang takut.bimbang rumah dimasuki pencuri atau berlaku perkara mistik diluar kawalan.

jiran2 dari luar terus datang mengetuk pintu bertanya khabar.masyallah.malapetaka yang memberi seribu satu erti.yaitu PINDAH RUMAH.mengenangkan tuan rumah yg serba berkira,maka ini sajalah peluang kami untuk melanggar kontrak tanpa dikenakan tindakan undang-undang.KAMI TRAUMA!


masalah psikologi takpernah kalah kalau di bawa ke mahkamah.bunuh la org,kalau anda disahkan tak siuman,pasti cuma ke tanjung rambutan atau tampoi.bukan ke tali gantung.

dengan sedikit asakan bertubi-tubi dan kekentalan pendirian mahu berpindah,akhirnya tuan rumah mengalah.maka,terbatal lah kontak sebelum ini.musnahlah impian membeli kereta si tuan rumah dgn wang bayaran sewa rumah Mei nanti.

maka sekarang,yg tinggal cuma misi mencari rumah idaman yang tidak membahayakan,tidak menjengkelkan hati dan murah  

2 comments:

onniye*occuke said...

jupo dok lg umoh??

momoc said...

arini nk g tgk..weeeiii