Tuesday, August 31, 2010

cukup merdeka kah kita?

MERDEKA?

semalam keluar ke bandar.dah agak2 setengah jam nak countdown,saya  family gerak ke stadium.selalu kalau ada apa-apa,kawasan stadium ni pusat tumpuan.

kawasan stadium la jadi bazar ramadhan,jadi tempat sembahyang terawikh besar-besaran waktu malam bulan Ramadhan.


waktU sampai,jalan dah kena block.bukan penuh dengan kereta.bukan jugak dengan mat-mat motor.tapi jalan penuh dengan budak-budak berbasikal.sekolah cuti kan esoknya.dengan bendera yg besar2 ikat dengan pelantar belakang basikal,habis jalan mereka yg conquered.kereta pon kena bagi laluan pada mereka.

beza yang nyata antara sambutan merdeka di Kelantan & tempat-tempat lain.Sambutan merdeka di Kelantan,tak dihiasi dengan mercun warna-warni di langit.mugkin 1-2 sahaja itu pon tak sampai 2 menit.

Tak ada orang berkumpul depan jam besar dekat mana-mana bangunan.
Tak ada orang menjerit bersama-sama membuat countdown.

Yang ada..

5 menit selepas jam 12,berpusu-pusu manusia berkupiah keluar menuju ke kenderaan masing-masing.
2 menit kemudian terdengar siren polis trafik mengarah semua kenderaan ke tepi memberi laluan.Kereta merc hitam nak lalu.Kereta Nik Aziz kot.

baru balik sembahyang sunat sempena merdeka.

1 comment:

intaq said...

moc..ni no fon ak..014-8407492
mu kelik rayo ko?dgr kaba bdk2 ni nk reunion..dae dop nga mu?ejah wi jd r reu 2 moc!huhuu