Sunday, October 24, 2010

Kamu ,aku,dia.Kita sama saja.

.


Tiap kali balik rumah di Kelantan,Selalu jugaklah terserempak dengan kawan-kawan darjah 6.Rumah saya kira tak jauh dari sekolah rendah lama,maka ada jugaklah sekurang-kurangnya seorang dua muka familiar zaman sekolah yang dijumpai.Tak kira junior,senior atau satu batch.Tak kiradi tepi jalan,kedai makan,gerai jual burger atau bazar Ramadhan sekali pon.

Tapi saya pelik, bertemu teman yang dah hampir 8-9 tahun tak jumpa,ada yang rilex-rilex bertegur sapa & ada jugak yang tersangatlah kekok ibarat kita ni baru kenal 3-4 jam yang lepas sedangkan waktu sekolah dulu kehulu-kehilir berdua,tergelak tertungging sama-sama,ponteng tuisyen lepak pejabat pos sama-sama dan sebagainya kira tak pernah tak ada kamu atau tak ada saya dalam setiap occasion.


Bila tanya mak,mak pasti jawab ; "Hang kan doktor,depa segan la nak tegur"

umm..

umm...


Bila dah jadi sebegitu,kita yang nampak beria nak beramah-tamah pon jadi segan. Maka dua-dua pon jadi kekok.Itu hal kalau bersemuka.Dalam facebook pon jadi hal yang sama.Kita beria tanya..Hows life?yang dapat cuma.".huhuhuhu"...dan titik yang berjela-jela.Kan better kalau kamu pon sekurang-kurangnya tanya saya bila balik Malaysia.Walaupon saya kurang gemar soalan typical sebegitu,saya pasti akan jawab dengan riang -rianya.Yang ada,cuma komunikasi satu hala.Saya bertanya,kamu menjawab dengan separuh perasaan.


Mestilah saya kecewa.


Kalau saya perdana menteri sekalipon,saya tetap manusia biasa.
Chill la..^_^

1 comment:

zoey zau yah said...

zoeyzauyah.blogspot.com
folllow my blog lak ya..
your blog nih simple tapi cute lah =)