Thursday, January 27, 2011

Pembukaan pertama

it's funny though..waktu dulu,waktu bercinta dengan seseorang yang kini dah jadi ex,kadang-kala saya rasa agak terkongkong.Bersms dengan lelaki lain dilarang sama sekali,malah kawan lelaki di facebook jugak pernah 'ditapis'.Walau kadang-kadang benda tu buat saya rasa disayangi,di jaga tapi ada kala kita juga nak rasa macam mana dia percaya dan yakin dengan diri kita.

Kalau siapa yang kenal saya melalui facebook,perasaan 1 perubahan mendadak berlaku baru-baru ni.Kalau anda tanya apa sebabnya,sumpah saya tak ada jawapan yang jelas untuk pertanyaan anda itu.

Bila mulakan sesuatu yang baru ni,secara tak sedar saya seperti terikut perangai ex yang dulu.Yang suka cemburu banyak-banyak,macam paranoid sangat sampai saya buat dia pulak yang terkongkong.Tak selesa dan banyak kawan perempuan beransur-ansur diam menjauhi dia.Saya gembira tapi kegembiraan saya itu tak patut.Kasihan dia.

Kalau kita dah sayang orang,kita kena cuba letak percaya kita pada dia.Walaupun nampak bodoh sangat kalau percaya 100% tapi kadang-kala percaya itulah buat satu perhubungan itu berjaya.

Saya terima dia waktu semua orang mempertikaikan dirinya.Waktu keburukan dia sangat terserlah di mata saya.Tapi saya ambil resiko.Resiko nak bersama dengan dia.Saya tak peduli apa orang kata,apa yang saya dengar.. Saya ambil resiko yang saya tahu,bakal mengubah segalanya.Sebab saya memang tak ada sebab nak suka orang.Dalam jahat-jahat,buruk-buruk dan nakal-nakal dia,saya nampak dia yang 'dewasa'.

Pernah ada satu kisah waktu di sekolah rendah dulu,budak lelaki ni jahat sangat.Anak ustazah tapi perangaii..alahai.Semua budak perempuan takut nak dekat.Takut kena ejek,takut kena selak kain.Kira dia kepala 'sek jahat' masa sekolah dulu.Satu hari,ada orang discover suara dia ni sedap.Terus lantik jadi ketua nasyid kelas.Bermula hari tu,semua perasaan nakal budak tu beransur hpergi.Tambah-tambah bila dia dipaggil jadi ketua membimbing kawan-kawan lain bernasyid.Dia jadi budak normal yang pendiam,ikut kata dan tak mengusik kawan-kawan lain.Kadang-kadang orang macam ni,saya fikir dia ada rasa tanggungjawab tu, cuma tak ada siapa nak bagi dia peluang.

maka sebab tu..
Janganlah takut memberi orang peluang.Hidup kita akan tetap di tempat yag sama,kalau kita sendiri takut nak mencuba.Tak apa kalau kita jatuh,sekurang-kurangnya kita dah selangkah di depan..^_^



.

1 comment:

zOeY zAu YaH said...

alamak..suka la entry ni..
yg ex tu sama cam saya..yg 'terbalik' plak bila dgn sidia yg baru..sama cam saya gak..yg risiko pon sama gak..huyoo! kita leh geng ni haha..
tp yg cik momok kata pasal risiko n peluang tu betul lah..setuju sgt2..